Hoki: Malaysia kalah tipis kepada finalis Piala Dunia 2018 - Utusan Malaysia

Hoki: Malaysia kalah tipis kepada finalis Piala Dunia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki wanita negara mencipta kejutan ke atas naib juara Piala Dunia 2018, Ireland tidak kesampaian.

Malaysia, No. 22 dunia, terpaksa akur tewas tipis 1-2 kepada pasukan ranking kelapan dunia itu dalam aksi pembukaan Kumpulan A Final Siri Hoki Dunia 2019 di Banbridge, Ireland Utara sebentar tadi.

Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu ketinggalan dua gol terlebih dahulu kepada Ireland menerusi Beth Barr dan Kathryn Mullan pada minit keempat serta 39.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia berjaya bangkit merapatkan jurang melalui jaringan Siti Zulaikha Husain pada minit ke-55, namun ia sudah terlambat dan kedudukan 1-2 itu kekal hingga tamat permainan.

Skuad negara akan meneruskan aksi kedua Kumpulan B menentang Singapura esok.

Sebagai rekod, Malaysia perlu melangkah ke pentas final untuk meraih salah satu daripada dua tiket ditawarkan ke pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini