PUTRAJAYA – Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 yang sepatutnya berakhir bulan ini dilanjutkan sehingga Disember depan bagi membuka lebih ruang agar ramai rakyat negara ini memiliki kediaman sendiri sekali gus membantu industri perumahan negara untuk berada pada landasan sebenar. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu telah mendapat sambutan yang baik dari pembeli-pembeli rumah dan syarikat pemaju perumahan.…










