MINGGUAN: Bagaimana Datuk menilai prestasi Amanah dan Pakatan Harapan PH dalam tempoh setahun? HUSAM: Kalau ikutkan hari pertama kita tumbangkan Barisan Nasional (BN) itu sudah merupakan kemuncak prestasi kerana untuk rakyat Malaysia membuat perubahan rejim bukan mudah. Di negara lain perubahan rejim berlaku dengan pertumpahan darah kerana akarnya telah tumbuh begitu kukuh dan akar ini dikuasai oleh semua instrumen kerajaan antaranya penerangan, polis, pihak keselamatan, tentera, dan agensi penguat kuasa…










