KUALA LUMPUR – Rakyat disaran supaya memulaukan budaya untuk memiliki, memelihara dan menyimpan haiwan liar selain agensi kerajaan yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas termasuk kepada pihak penjual dan penangkap haiwan tersebut. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Haiwan Malaysia menjelaskan, kecenderungan untuk memiliki haiwan liar kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat sedangkan perbuatan tidak sihat itu adalah menyalahi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. “Haiwan seperti beruang matahari, ungka, memerang, monyet…










