IPOH – Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin dibuat tanpa perbincangan bagi mengelak pelantikannya menjadi sukar. Pandangan itu disuarakan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal…










