Heboh Toyota Fortuner jadi mas kahwin - Utusan Malaysia

Heboh Toyota Fortuner jadi mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATI 18 Jun – Seorang penjual bakso dari Desa Winong, Jawa Tengah mengejutkan banyak pihak apabila menyediakan mas kahwin berupa dua buah ken­deraan ketika menikahi gadis pujaannya, baru-baru ini.

Lapor portal Liputan6, tidak seperti kebanyakan orang lain yang memberikan mas kahwin berupa barang perhiasan atau set peralatan solat, Ucok Budianto, 28, menghadiahkan kereta model Toyota Fortuner dari siri VRZ dan sebuah motosikal kepada pasangannya, Mega Tristiani.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Desa Talun, mukim Kayen dekat daerah Tati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejumlah anggota Komuniti Anak Asli Pati (KAAP) dan Wong Pati Kidul (WPK) menularkan berita majlis perkahwinan ber­kenaan.

Bagi pengguna internet, Ucok telah memecahkan tradisi perkahwinan di kawasan luar bandar.

Malah, terdapat juga pengguna internet memberikan pelbagai komen berbentuk lucu.

Harga bagi sebuah Toyota Fortuner boleh mencecah sehingga 500 juta rupiah (RM145,932) dan mempunyai nilai cukai yang tinggi.

Bagi Fortuner siri VRZ milik Ucok, nilai cukainya mence­cah 8 juta rupiah setiap tahun (RM2,334) setahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini