Hazard mampu raih kejuaraan bersama Real - Utusan Malaysia

Hazard mampu raih kejuaraan bersama Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Jun – Cesc Fabregas percaya Eden Hazard mampu merangkul pelbagai kejuaraan bersama Real Madrid selepas meninggalkan Chelsea.

Bintang Belgium itu menyertai The Blues tujuh tahun lalu dan dia sudah bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge.

Pemain tengah Monaco, Fabregas, yang memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Hazard merasakan bahawa pemain itu mampu merebut anugerah individu dan berpasukan sekiranya meninggalkan London.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia merupakan situasi yang sukar kerana dia telah bersama Chelsea tetapi saya berasakan sudah tiba masa Hazard mencari cabaran baharu.

“Saya mengetahui dia tidak pernah berfikir tentang Ballon d’Or tetapi ia merupakan gelaran yang mahu dimenangi oleh setiap pemain.

“Bersama Chelsea, dia tidak mampu melakukannya, bukan kerana Chelsea tidak cukup bagus tetapi terdapat kelab yang memiliki imej lebih besar. Saya berasakan bersama Real Madrid, dia mampu menang segalanya.

“Hazard sudah berusia 28 tahun, ini merupakan peluang terakhirnya.

“Pilihan seterusnya adalah kekal bersama Chelsea tetapi ia harus datang daripada hatinya. Saya percaya dia mahu yang terbaik untuk masa depan pasukan.” kata Fabregas.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini