Harimau Malaya tanpa kelibat Syafiq - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tanpa kelibat Syafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya akan turun dalam aksi kedua menentang Timor Leste, Selasa ini tanpa Syafiq Ahmad yang mengalami kecederaan.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terpaksa dikeluarkan ada minit ke-13 dalam perlawanan pertama Jumaat lalu selepas cedera lutut kiri.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Syafiq terpaksa berehat dalam tempoh dua hingga tiga ming­gu untuk pulih sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syafiq Ahmad terpaksa berehat dalam tempoh dua hingga tiga minggu kerana ada sedikit kecederaan di lutut kiri tetapi ia tidak terlalu serius,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui, masih terdapat beberapa pemain yang keletihan dan perkara tersebut mencetuskan sedikit kebimbangan.

Katanya, walaupun pasukan negara telah memperoleh bekalan selesa 7-1 dalam aksi pertama namun dia menolak untuk me­lakukan rombakan besar-besaran dalam kesebelasan utama kerana ia bakal menjejaskan momentum pasukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini