KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kematian dicatatkan pada hari keempat Op Selamat 15 semalam menjadikan angka kematian keseluruhan operasi itu meningkat kepada 69 orang. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah kemalangan maut juga meningkat daripada 44 kes kepada 63 kes. “Menerusi statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan jumlah kematian sebanyak 11 orang dengan diikuti dengan Johor dan Sarawak masing-masing sebanyak sembilan orang. “Selangor juga kekal mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi sejak 29 Mei hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya