Letak nota kaki, jangan ambil data media sosial 

Letak nota kaki, jangan ambil data media sosial 

IBRAHIM DURUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan supaya meletakkan nota kaki pada setiap data yang diperoleh agar kesahihan sesuatu maklumat dapat disahkan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, sebarang data yang diambil daripada platform media sosial seperti Facebook atau TikTok adalah tidak dibenarkan.

Katanya, maklumat yang diperoleh daripada sumber berkenaan dikhuatiri telah diubah suai tanpa pengetahuan pemilik asal data berkenaan.

“Baik yang bertanya atau yang menjawab, data yang dikemukakan perlu diletakkan nota kaki dari mana ia diambil supaya saya boleh kesan sumbernya. Terpulang pada yang berhormat untuk bertanya lebih lanjut untuk memahami data kepada pengarah atau pengurusan jabatan.

“Saya tidak mahu data yang diambil daripada media sosial yang telah diubah suai tanpa pengetahuan dan rasa tanggunggjawab,” katanya ketika berucap pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer menyanggah dakwaan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (PN-Bemban) berhubung Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bergelut membayar hutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM57.30 juta setakat 2023.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka, Kerk Chee Yee meneliti dan mendengar hansard dewan, jika berlaku kesilapan fakta dan mengelirukan dewan serta mendesak Mohd. Yadzil membuat permohonan maaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN