JOHOR BAHRU – Johor merekodkan sebanyak 1,068 jumlah kemalangan pada hari keempat Op Selamat 15/2019 dijalankan bermula 29 Mei lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 135 kes atau 14.47 peratus daripada jumlah yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu 933 kes. “Hari keempat Op Selamat kali ini juga merekodkan sebanyak sembilan kes kemalangan maut membabitkan 10 kematian melibatkan kawasan jalan…









