Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran negara - Utusan Malaysia

Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan meraikannya esok. 

Dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan menerusi saluran TV1, malam ini, Seri Paduka juga bertitah mengingatkan rakyat Malaysia menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.

Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat agar menanam semangat perpaduan yang utuh dan menghindari dari sebarang perkara yang boleh menggugat kemakmuran negara ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesuai dengan rakyat di negara ini yang berbilang bangsa dan agama, kedatangan Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan oleh sekalian rakyat Malaysia.

“Pada hemat Beta, budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjung mengunjungi boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh kepada kita rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini