Harga cili merah lebih mahal daripada ikan, daging, ayam - Utusan Malaysia

Harga cili merah lebih mahal daripada ikan, daging, ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Amat mengejutkan apabila harga cili merah mencecah sehingga RM38 sekilogram, yakni lebih mahal daripada harga ikan, daging dan ayam.

TANGKAP layar perkongsian warganet berhubung isu harga cili merah yang melambung tinggi menjelang sa
TANGKAP layar perkongsian warganet berhubung isu harga cili merah yang melambung tinggi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri esok. – UTUSAN ONLINE 

Itu yang berlaku di beberapa kedai sekitar daerah Larut Matang dan Selama iaitu kebanyakannya menjual cili merah dengan harga melebihi RM30 sekilogram.

Antara kedai yang dikesan menjual cili merah dengan harga paling tinggi adalah di Trong dengan harga RM38 sekilogram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harga tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna yang menyifatkannya sebagai tindakan memanipulasi harga barangan keperluan secara keterlaluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.

Malah, ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan harga cili merah itu di dalam laman Facebook dan mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Norazlina Abd. Aziz berkongsi mengenai kenaikan harga cili merah yang melampau itu.

“#aduanpelanggan. Penangan nak raya, kedai ******* Trong naikkan harga cabai merah sekilo RM 38!

“Nak tanya memang macam tu ke harganya? Rasanya paling mahal dalam 20 lebih sekilo.

“Mentang-mentang semua kedai habis pusing satu pekan Trong sampai Batu 9 tiada stok, ‘dia’ sesuka hati naikkan harga,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini