Harap ramai wanita sertai MMA - Utusan Malaysia

Harap ramai wanita sertai MMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Wanita pertama negara sertai secara profesional kejohanan seni bela diri campuran (MMA) ONE Championhip, Ann Osman ingin menyaksikan lebih ramai wanita tampil berani melibatkan diri dalam sukan tempur suatu hari nanti.

Bekas petinju MMA dari Kota Kinabalu itu berpandangan, wanita di negara ini dilihat berpotensi dan berbakat besar dalam sukan tersebut, sambil menasihatkan agar mereka tidak mudah berputus asa serta memiliki visi yang jelas.

“Masa saya awal-awal sertai kejohanan dulu, saya tiada mentor wanita membimbing saya dalam MMA. MMA pada tahun 2012 agak baharu dan cabaran agak berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya banyak hadapi ‘try and error’, bagaimana nak atasi emosi dan lain-lain. Sebab pada masa itu saya dibimbing jurulatih lelaki (AJ Pyro Lias Mansor), jadi ada berbeza sedikit.

“Bagaimanapun sekarang dah lain sebab MMA dah dikenali ramai. Saya sarankan kepada yang mahu sertai, apa yang saya boleh nasihatkan adalah visi anda kena jelas.

“Percayakan bahawa anda boleh atasi selain membuat persediaan rapi untuk berdepan lawan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam masa sama, Ann, 33, turut merasa syukur kerana terdapat wanita Malaysia yang ‘mewarisi’ kejohanan MMA biarpun selepas dia bersara pada 2017.

“Kita ada petinju wanita seperti Jihin Radzuan, Audrey Laura dan Edilah Johany yang kesemuanya berpotensi besar dalam sukan ini,” katanya yang kini mengandung enam bulan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini