Hamilton teruskan dominasi di Perancis - Utusan Malaysia

Hamilton teruskan dominasi di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis – Lewis Hamilton mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dunia Formula 1 selepas pemandu Mercedes AMG Petronas itu menjuarai Grand Prix Perancis mengatasi rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang menamatkan saingan di tempat kedua, sebentar tadi.

Juara dunia lima kali itu mengulangi pencapaian cemerlangannya selaku pemandu yang memulakan perlumbaan daripada petak pertama dan melengkapkan kemenangannya buat kali keempat berturut-turut dan yang keenam musim ini serta yang ke-79 sepanjang karier pemandu itu.

Kemenangan Hamilton itu juga melebarkan rekod tanpa kalah Mercedes bagi musim 2019 kepada lapan perlumbaan dan mencatat 10 kejayaan keseluruhan berturut-turut, dengan Silver Arrows meninggalkan jauh di belakang pencabar terdekatnya sekali lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca panas terik itu, menyaksikan Hamilton mengatasi Bottas menerusi kelebihan 36 mata, dengan Charles Leclerc dari Ferrari menamatkan aksinya di kedudukan ketiga.

Max Verstappen berada di tangga keempat untuk pasukan Red Bull, manakala seorang lagi pemandu Ferrari yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel di tempat kelima dan pelumba sedang meningkat naik dari McLaren, Carlos Sainz di kedudukan keenam.

“Saya mengharungi perlumbaan hujung minggu yang sangat baik. Cabaran sengit sentiasa ada di luar sana dan saya berusaha mengharunginya dengan kerja keras. Tanpa pasukan yang hebat ini saya tidak mungkin mampu mencapai kejayaan ini dan kami mencipta sejarah, saya begitu berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan,” kata Hamilton. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini