Hamilton akui F1 perlukan penambahbaikan - Utusan Malaysia

Hamilton akui F1 perlukan penambahbaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis – Pencapaian cemerlang dengan catatan rekod mengagumkan yang dilakar Lewis Hamilton dan Mercedes tidak mampu dicabar dalam perlumbaan Formula 1 (F1) dan ia jelas dapat dilihat pada Grand Prix Perancis yang berakhir, semalam.

Hamilton, yang mengakui kejayaannya itu seperti sesuatu yang sukar diterima akal berkata, dia memahami jika peminat atau penonton dari seluruh dunia semakin hilang minat untuk menyaksikan perlumbaan tersebut, tetapi dia menggesa peminat di luar sana agar menyalahkan peraturan yang telah digariskan dan bukannya pemandu.

“Kita perlu menyaksikan satu penambahbaikan yang dramatik. Amat penting untuk peminat sedar ini bukanlah kesalahan pemandu, ini adalah kitaran berterusan F1 selama bertahun lamanya. Ia berlaku sebelum saya berlumba dalam F1 lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah disebabkan Bernie (Ecclestone) terlebih dahulu telah membuat peraturan sedia ada. Sehingga struktur itu berubah, perubahan tidak akan berlaku pada pandangan saya,” kata Hamilton yang menggesa struktur pengurusan sukan itu juga perlu dilakukan perubahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini