KUALA LUMPUR – Golongan guru perlu diberi latihan khusus untuk mengendalikan kes disiplin di sekolah yang mirip kepada perlakuan jenayah, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock. Beliau berkata, perkara itu penting bagi mengatasi masalah disiplin pelajar yang dilihat semakin membimbangkan pada masa kini. “Kes mirip kepada jenayah ini seperti membuli, mencuri, salah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Jika dahulu perkara ini…










