Guru, pelajar dirotan bertemu untuk penyelesaian - Utusan Malaysia

Guru, pelajar dirotan bertemu untuk penyelesaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Guru lelaki serta keluarga pelajar perempuan yang terlibat dalam insiden rotan baru-baru ini akan dipertemukan dalam satu perjumpaan bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan itu bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Isu ini sudah hampir selesa dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang. Sekiranya boleh tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Sistem Latihan Dual Nasional anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, insiden yang menyaksikan seorang guru lelaki merotan lengan seorang murid perempuan kerana didakwa mengeluarkan perkataan biadab di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor Bahru tular dalam media sosial sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini