KUANTAN – Gugup tapi teruja. Itu perasaan W.Sangeetha apabila disapa oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Abdulaziz di sini, hari ini. Sangeetha, 32, juga menyifatkan perkara itu sebagai kenangan terindah buat dirinya kerana berasa ‘terpilih daripada ribuan tetamu’ yang secara peribadi dapat bersemuka dengan Sultan Abdullah, memandangkan ini merupakan kunjungan kali pertamanya ke istana. “Saya sedang mencari tempat…










