LONDON – Pep Guardiola mengagumi pemain tengah Atletico Madrid, Rodri dengan menyifatkannya sebagai pemain hebat tetapi menolak kemungkinan dia akan menyertai Manchester City.
Pemain Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke City beberapa minggu lalu selepas dia menyuarakan hasrat untuk meninggalkan kelab itu pada musim cuti ini.
Pemain tengah mirip Sergio Busquet itu menikmati musim pertama dengan baik di Atletico selepas menyertai kelab itu dari Villarreal musim lalu.
Terdapat laporan menyatakan, City akan menggunakan klausa pelepasan bernilai 70 juta euro (RM330.12 juta) bagi mendapatkan Rodri.
Bagaimanapun, Guardiola enggan mengulas mengenai potensi produk akademi Atletico menyertai mereka di Stadium Etihad.
“Saya tidak tahu (Rodri menyertai City). Dia pemain yang hebat.
Guardiola bagaimanapun tetap dengan perancangannya untuk mendapatkan Marco Asensio walaupun perpindahan itu sukar untuk dilaksanakan.
“Mustahil untuk City mendapatkannya,” katanya.-AGENSI











