KUALA LUMPUR 1 Jun – Sebanyak 28 warga asing termasuk 18 wanita ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan berhampiran Dataran Mentari, dekat Petaling Jaya, awal pagi tadi. Dalam serbuan dijalankan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira pukul 1 pagi itu, sebanyak 68 pelanggan warga tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan. Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata,…










