SEBERANG PERAI – Pengeluaran buah tin begitu sinonim dengan negara Asia Barat. Bagaimanapun, terdapat pengusaha tempatan yang mengeluarkan hasil buah itu di sebuah ladang di Pokok Tumpang, Tasek Gelugor di sini bagi tujuan komersial. Ladang seluas kira-kira 0.6 hektar itu diusahakan oleh seorang graduan dalam bidang bioteknologi dari Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Nur Aqilah Shabudin, 24, dengan bantuan tiga pekerja. Nur Aqilah berkata, dia yang banyak mempelajari mengenai pokok…

 
								 
											









