1MDB: Keputusan 26 Disember, 9 pagi

1MDB: Keputusan 26 Disember, 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang di Istana Kehakiman di sini menetapkan 26 Disember ini untuk keputusan di akhir pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon masa tambahan untuk menyelesaikan hujahannya.

“Saya tahu hujahan ini akan berlanjutan pada 4 November ini. Tetapi saya perlu nyatakan sekarang, pada masa ini bahawa saya akan membuat keputusan saya pada 26 Disember ini, pukul 9 pagi,” kata Hakim Sequerah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan sembilan hari untuk hujahan di akhir kes pembelaan yang bermula pada 21 Oktober lalu.

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN