LONDON – Penyerang prolifik Argentina, Lionel Messi yakin pasukannya akan menundukkan Qatar dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Copa America, dengan turut mengakui adalah sesuatu yang gila jika mereka tersingkir awal. Skuad bimbingan Lionel Scaloni berdepan penyingkiran awal dalam kejohanan tersebut selepas terikat 1-1 dengan Paraguay dalam Kumpulan B semalam. Jaringan penalti daripada Messi pada babak kedua menafikan kelebihan Paraguay yang terlebih dahulu berada di depan menerusi gol Richard Sanchez di Belo Horizonte. Mungkin kemenangan ke atas Qatar pada Ahad ini masih belum mencukupi untuk melepas peringkat kumpulan, namun Messi tetap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya