Durian kampung ada peminat tersendiri

Durian kampung ada peminat tersendiri

ZAKIAH Zakaria (kanan) bersama anaknya, Alya Amyra (kiri) di gerai durian mereka ketika ditemui di Kampung Tengkek, Jempol. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Walaupun durian premium seperti Musang King sering menjadi sebutan, durian kampung ternyata masih mempunyai peminat tersendiri apabila permintaannya kekal tinggi dalam kalangan pencinta raja buah itu.

Bagi peraih dan penjual durian, Zakiah Zakariah, 39, sambutan terhadap durian kampung ternyata masih mempunyai peminat tersendiri apabila permintaannya kekal tinggi dalam kalangan pencinta raja buah itu.pung di gerainya di Kampung Tengkek cukup menggalakkan hingga ada pelanggan sanggup datang dari luar ne­geri semata-mata mahu mendapatkan buah tersebut.

“Seawal pukul 8 pagi pe­langgan sudah tunggu. Kalau hujung minggu, dalam sejam sahaja semua durian habis dijual. Baru-baru ini pelanggan dari Melaka borong 50 kilogram (kg) durian kampung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Zakiah, keunikan rasa durian kampung yang le­bih berlemak dan segar selain harganya berpatutan menjadi faktor utama ia terus diminati.

“Ramai pelanggan dari Pahang, Melaka dan sekitar Ne­geri Sembilan sanggup datang sendiri ke gerai kami,” katanya.

Katanya, pada musim buah gugur lebat, permintaan me­ningkat mendadak dan beliau mampu mengumpul hingga tujuh tan durian sehari.

“Paling banyak saya pernah kutip adalah 107 tan dua tahun lepas. Semua durian ini dibekalkan oleh penduduk kampung dan Orang Asli yang mengusahakan dusun kecil,” katanya.

Zakiah menceburi perniagaan ini selepas bapanya, seorang peraih durian sejak 2001, jatuh sakit dan meninggal dunia lima tahun lalu.

“Saya belajar semua ilmu daripada arwah ayah. Sekarang saya ambil alih dan teruskan legasi keluarga,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Alya Amyra Hamizul, 21, berkata promosi melalui TikTok menyebabkan gerai mereka tular dan menarik pe­langgan dari luar.

“Ada yang komen hendak datang, saya ingat bergurau, tetapi keesokannya mereka betul-betul muncul dan borong durian sampai penuh kereta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN