LONDON – Legenda Liverpool Steven Gerrard menyifatkan Jordan Henderson sebagai pemain profesional paling bernilai selepas mengetuai pasukannya memburu kejayaan Liga Juara-Juara. Liverpool memenangi gelaran Raja Eropah selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada perlawanan akhir di Madrid, dengan melalui fasa mengagumkan apabila membuat kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 0-3 kepada Barcelona. Gerrard yang juga bekas ketua pasukan Reds mengakui kapten Liverpool itu berhak mengecapi kejayaan menerusi gaya kepimpinannya. “Ketika Jordan (Henderson)…










