KUALA LUMPUR – Gerai pameran buku Kumpulan Utusan yang dibuka sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa (PKTA) Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini diserbu oleh para perwakilan untuk mendapatkan buku-buku yang dijual serta diedarkan secara percuma. Kira-kira 5,000 naskhah buku diedarkan secara percuma kepada para perwakilan di luar Dewan Tun Razak 1, PWTC selepas majlis perasmian persidangan berakhir pada pukul 12.45 tengah hari tadi yang disempurnakan…










