Geng Alan Boy aktif curi kereta tumpas - Utusan Malaysia

Geng Alan Boy aktif curi kereta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta terbesar di daerah Seri Alam yang dikenali sebagai Geng Alan Boy dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan kereta di Batu 13, Sungai Tiram di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam itu, polis turut menahan 11 lelaki berusia lingkungan 29 hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket curi kereta itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, sebanyak 13 buah kenderaan termasuk dua buah motosikal diperiksa dalam serbuan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan keatas kenderaan terbabit termasuk tiga buah Proton Saga, dua buah Proton Iswara dan sebuah Honda Civic mendapati kereta terbabit terlibat kes curi kenderaan.

“Semakan turut dilakukan keatas dua rangka motosikal dan mendapati chasis motosikal terbabit telah diganggu gugat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjalankan kegiatan mencuri dan meleraikan kereta sebelum bertindak menjual komponen kenderaan terbabit sebagai alat ganti kepada pihak ketiga.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas semua suspek negatif. Kesemua suspek direman bermula semalam sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan 29 (1) Undang-Undang Kesalahan Kecil. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini