Gangguan bekalan elektrik hanya taktik Myanmar - PBB - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan elektrik hanya taktik Myanmar – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON – Gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian di negara ini mungkin sengaja dirancang bagi menutup ‘pelanggaran hak asasi manusia yang kejam’ di kawasan di mana operasi penghapusan etnik dilaksanakan.

Tentera Myanmar ketika ini sedang bertempur dengan Tentera Arakan (AA) bagi mendapatkan hak autonomi di negeri Rakhine.

Jumaat lalu, kerajaan mengarahkan pengendali telefon bimbit untuk menutup rangkaian sambungan internet di lapan pekan di Rakhine dan satu di negeri Chin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya khuatir tentang nasib semua penduduk di situ,” kata Jurucakap Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Yanghee Lee.

Beliau menggesa sekatan tersebut ditarik balik dengan kadar segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini