Gangguan bekalan air sekitar Gombak kembali pulih - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air sekitar Gombak kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Gombak yang terputus semalam kembali pulih hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual telah dipulihkan hari ini selepas kerja-kerja pembaikan malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Prima Sri Gombak siap dilaksanakan pada pukul 10.30 malam tadi.

“Oleh itu, bekalan air ke kawasan yang terjejas telah dibuka dan berdasarkan pemantauan sehingga pukul 6 pagi ini, keadaan kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini