Gangguan bekalan air jejas 99,454 pengguna di Shah Alam, Klang - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air jejas 99,454 pengguna di Shah Alam, Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Gangguan bekalan air di 31 kawasan sekitar Shah Alam dan Klang sejak awal pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil di Seksyen 15, di sini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, kebocoran paip utama bersaiz 1,050 milimeter itu mengakibatkan pengurangan air sebanyak 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gangguan tidak berjadual ini dikesan berpunca daripada kerja-kerja pihak ketiga dan ia telah menyebabkan 99,454 pengguna terjejas.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan segera dan pihak kami menyasarkan kerja-kerja pembaikan disiapkan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Johan Setia, Taman Klang Jaya, Bayu Perdana, Kem Rimba dan Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau layari laman sesawang www.syabas.com.my.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini