SHAH ALAM – Bekalan air di semua kawasan di Klang yang terjejas sejak kelmarin berikutan insiden paip utama pecah di Setia Alam di sini, telah pulih sepenuhnya hari ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjalankan pemantauan berterusan termasuk bacaan tekanan pada sistem sistem agihan. “Hasil pemantauan dan bacaan itu mendapati bekalan air di semua kawasan yang terjejas…










