Galak murid sertai kokurikulum elak terjebak gejala sosial - Utusan Malaysia

Galak murid sertai kokurikulum elak terjebak gejala sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Murid sekolah digalak menyertai kegiatan kokurikulum bagi pembentukan disiplin, jati diri dan sahsiah terpuji sekali gus menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan, Aidie Jantan berkata, kegiatan kokurilum memberi banyak impak positif kepada murid antaranya mendidik mereka patuh peraturan, memupuk semangat kerja berpasukan dan menepati masa.

“Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum juga membolehkan mereka memperoleh pelbagai kemahiran insaniah dan mengetengahkan bakat masing-masing di samping melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni seperti melakukan kerja sukarela, bantu-membantu serta memberi pertolongan cemas,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan Kebangsaan Ke-61 anjuran St. John Ambulans Malaysia di SBP Integrasi Gombak, di sini.

Majlis itu turut dihadidiri Pemerintah Agung St. John Ambulans Malaysia, Datuk Lai See Ming dan Pengetua Cemerlang SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff.

murid kurikulum
AIDIE JANTAN (lapan dari kiri) meraikan kejayaan pasukan yang menyertai Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan Kebangsaan Ke-61 anjuran St. John Ambulans Malaysia di SBP Integrasi Gombak, baru-baru ini

Pertandingan ini bertujuan menonjolkan bakat dan kemahiran murid dalam ilmu pertolongan cemas dan rawatan.

Pemenang pertandingan ini dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan serupa peringkat serantau pada 20 Julai depan.

Sementara itu, Nor Hayati menyifatkan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan tetapi amat berkesan dalam membangunkan kemahiran, potensi serta daya saing murid.

“Malah, aktiviti yang dilakukan juga boleh meredakan tekanan akademik dan menyuntik kesegaran dari segi suasana, persekitaran dan rakan baharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini