Gaji Mata kena potong - Utusan Malaysia

Gaji Mata kena potong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juan Mata bersetuju gajinya dipotong sebanyak 45,000 pound (RM2.37 juta) supaya dia dapat melanjutkan kontrak dua tahun di Manchester United berbanding setahun.

Pemain veteran itu baru-baru ini mengadakan rundingan bersama kelab tentang masa depannya di Old Trafford.

Selepas menandatangani perjanjian baharu, Mata bersetuju dengan pengurangan 25 peratus gajinya daripada 180,000 (RM9.51 juta) pound seminggu kepada 135,000 pound (RM7.13 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, Mata sangat bergembira di Manchester malah teruja untuk memainkan peranannya bersama kelab yang kini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskajer.

Mata, 31, menyertai United dari Chelsea pada 2014 dengan nilai (RM1.35 juta) ketika Red Devils di bawah bimbingan David Moyes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini