Gaduh: 4 lelaki didenda RM1,000 - Utusan Malaysia

Gaduh: 4 lelaki didenda RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Empat lelaki didenda RM1,000 selepas mengaku salah bergaduh beramai-ramai di hadapan sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini pada 19 Jun lalu.

Muhammad Syamil Muhaimin Ahmad Rizal, 20, dan Muhammad Haziq Aiman Zamani, 20, yang kedua-duanya merupakan pekerja am di Pelabuhan Kuantan di sini mengaku salah sejurus selepas pertuduhan kes itu dibacakan.

Selain itu, dua pelajar sebuah kolej di sini iaitu Afif Shuhairi, 20, serta Muhammad Luqman Hakim Aminullah, 19, turut mengaku salah di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kertas pertuduhan, mereka bersama seorang lagi tertuduh, Ahmad Tarmizi Othman, 19, didakwa melakukan gaduh gempar dengan bergaduh beramai-ramai di hadapan restoran McDonalds cawangan Sungai Isap pada pukul 1 pagi, 19 Jun lalu.

Pertuduhan secara bersama tersebut dibuat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh pertama bagi kes tersebut, Ahmad Tarmizi bagaimanapun tidak mengaku salah dan mahkamah menetapkan ikat jamin RM1,000 serta 11 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes atasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini