Gabungan UMNO, Pas mampu bina negara kuat - Utusan Malaysia

Gabungan UMNO, Pas mampu bina negara kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Gabungan UMNO dan Pas diyakini mampu membentuk sebuah negara yang lebih kuat berbanding Pakatan Harapan (PH) jika diberi mandat menerajui pemerintahan negara sejurus memenangi PiIlihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah kemampuan gabungan dua parti itu nanti adalah lebih baik daripada yang telah dilakukan oleh UMNO ketika memerintah negara sebelum ini.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada UMNO yang berpengalaman mentadbir negara selama 61 tahun dan kualiti kepemimpinan Pas yang berintegriti dilihat sebagai faktor mengukuhkan pemerintahan dua parti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan komitmen dan iltizam kedua-dua parti itu, insya Allah kerajaan yang dibentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang jauh lebih baik daripada PH sekarang dan kerajaan sebelum ini,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut di Bangunan UMNO bahagian itu di Jerteh dekat sini malam tadi.

ASYRAF WAJDI DUSUKI menerima gambar empat masjid yang menjadi ikon daerah Besut pada perasmian Mesyu
ASYRAF WAJDI DUSUKI menerima gambar empat masjid yang menjadi ikon daerah Besut pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut  di Jerteh,Terengganu malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jerteh dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman merangkap ADUN Kuala Besut.

Asyraf berkata, pembentukan kerajaan dan negara yang bertunjangkan kesepakatan dan pemuafakatan itu mampu dicapai oleh dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas.

“Ini merupakan satu suntikan kekuatan kepada negara majmuk yang berbilang agama dan kaum dan kekuatan banyak bergantung kepada bangsa teras dan agama tunjang yang terbukti mampu menjaga masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini