SHAH ALAM – Gabungan Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, menggantung tugas Haziq Abdul Aziz selaku Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) beliau dengan serta merta.
Ini berikutan dakwaan Haziq bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam video lucah yang memaparkan imej seorang menteri kanan.
“Kami berpendapat imej kementerian dan kerajaan Malaysia tercalar kerana konspirasi terancang yang mirip 20 tahun lalu.
“Sewajarnya SUSK tersebut tidak lagi dibenarkan berhubung rasmi dengan agensi dan juga orang awam demi menjaga kredibiliti kementerian.
“Justeru, kami berharap tindakan kadar segera diambil supaya tidak timbul polemik-polemik lain yang boleh merosakkan reputasi dan usaha kerajaan mengembalikan negara atas landasan yang betul,” kata gabungan dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











