KEPAKARAN golongan ilmuwan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bakal dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan Islam dan menyumbang kepada usaha perpaduan negara. Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Aziz berkata, menerusi tiga teras utama Yadim iaitu ubah pemikiran, saling menasihati serta operasi kehidupan, pelbagai usaha bakal disumbangkan oleh organisasi itu ke arah kesejahteraan negara termasuk dalam bidang pengurusan. Katanya, Yadim yang ditubuhkan sebagai peneraju kepada kluster dakwah dan media bertekad bersama-sama menyumbang ke…










