Firmino kembali cergas untuk aksi final - Utusan Malaysia

Firmino kembali cergas untuk aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Jun – Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Roberto Firmino cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Tottenham dalam aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Firmino terlepas tiga perlawanan Liverpool ekoran kecederaan pangkal paha dan dijangka turun beraksi menentang Spurs di Madrid namun tiada sebarang jaminan akan ditempatkan dalam kesebelasan utama.

Klopp enggan memberikan sebarang bayangan skuad yang bakal diturunkan tetapi mendedahkan, Naby Keita mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sudah bersedia, cukup cergas dan sudah mula berlatih.

“Saya hanya akan dedahkan skuad saya sekiranya Poch (Mauricio Pochettino) mendedahkan senarai pemain yang akan beraksi,” katanya.

Sepanjang ketiadaan Firmino, Divock Origi memainkan peranannya dengan baik termasuk menjaringkan gol penting ketika mereka menundukkan Barcelona di separuh akhir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini