SEPULUH tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Manila pula mengalami nasib sama pada 1521. Magellan yang terbukti pelayar teragung dunia memimpin pelanggaran Manila itu. Sebelumnya, beliau terlibat sama di bawah Alfonso de Albuqurque menjatuhkan Melaka. Seorang pelayar muda Melayu yang cekap bernama Enrique dibawa bersamanya pulang ke Portugal. Nama Melayu Enrique yang sebenar tidak diketahui tetapi yang pasti nama itu diberikan kepada beliau setelah dipaksa masuk Kristian.…










