FGV tidak pernah menggaji buruh kanak-kanak - Utusan Malaysia

FGV tidak pernah menggaji buruh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. (FGV) tidak pernah mengambil pekerja buruh kanak-kanak dalam mana-mana operasi malah kumpulan mempunyai polisi yang ketat terhadap isu itu.

Institut Grant & Eisenhofer ESG pada 24 Jun lalu memfailkan petisyen untuk mengharamkan pengimportan minyak sawit dihasilkan di Malaysia oleh FGV kerana penyebaran bukti penggunaan buruh paksa dan buruh kanak-kanak di ladang kelapa sawit FGV.

Sehubungan itu, FGV ingin menegaskan bahawa semua isu yang dibangkitkan dalam petisyen itu telah menjadi subjek wacana awam sejak 2015 dan beberapa langkah sudah diambil untuk membetulkan keadaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha FGV didokumenkan dengan baik dan boleh didapati dalam domain awam tambahan pula, beberapa dakwaan adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini