Federer masih ada masa - Utusan Malaysia

Federer masih ada masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Roger Federer mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun lagi untuk beraksi di tahap tertinggi, kata Gustavo Kuerten.

Pemenang 20 kali kejuaraan utama itu kembali ke Terbuka Perancis buat pertama kali sejak 2015 dan melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Rafael Nadal 6-3, 6-4, 6-2.

Nadal kekal tanpa kalah dalam enam pertemuan dengan Federer di Roland Garros dan pemain Switzerland itu hanya menang dua perlawanan ketika berdepan Raja Tanah Liat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 37 tahun itu kembali memenuhi jadualnya sejak berdepan kecederaan panjang pada 2016 tetapi pemenang tiga kali Terbuka Perancis, Kuerten, percaya dia tidak akan bersara dalam tempoh terdekat ini.

“Saya rasa dua hingga 20 tahun lagi!

“Itu adalah pilihannya. Saya faham dia boleh kekal buat sementara. Dua atau tiga tahun, satu lagi saingan Sukan Olimpik bagi mendapatkan pingat emas bagi acara perseorangan.

“Itu terserah kepadanya. Kami telah memberikan tepukan buatnya dan sangat bernasib baik dapat menyaksikan karier gemilang Federer,” kata Kuerten.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini