TAPAH 2 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 bilion dapat dijana melalui pasar tani di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Usahawan) FAMA, Basri Jasmo berkata, peningkatan nilai jualan itu berdasarkan penambahan 25 buah pasar tani baharu di setiap negeri pada tahun ini. Katanya, berbanding pada tahun lepas, nilai jualan yang dihasilkan adalah sebanyak RM850 juta melibatkan 757 buah pasar tani…









