KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mengharapkan agar umat Islam di negara ini mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut esok dengan saling mengeratkan silaturahim dan bermaafan. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin serta keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.…










