Enam pegawai kanan PDRM bertukar - Utusan Malaysia

Enam pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran melibatkan Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/ Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Rozee Shaari yang akan memegang jawatan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, kekosongan jawatan ditinggalkan Mohd. Rozee akan diisi oleh Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), (Perancangan Strategik) Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Muhammad Azlee Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, Asisten Komisioner Hamzah Buman akan bertukar sebagai Penolong Pengarah (Pembangunan Kerjaya), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/ Operasi) di kontinjen sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Asmawati, pertukaran tersebut melibatkan Penolong Pengarah Narkotik (Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mit Emong yang akan bertukar sebagai Ketua JSJN Kelantan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini