Empat termasuk tiga peguam kanan persekutuan wakili KPKT, JBPM - Utusan Malaysia

Empat termasuk tiga peguam kanan persekutuan wakili KPKT, JBPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Empat peguam termasuk tiga daripadanya merupakan Peguam Kanan Persekutuan dilantik mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Tiga Peguam Kanan Persekutuan tersebut ialah Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Refngah serta Peguam Persekutuan, Afiq Zainal Abidin memperkenalkan diri di hadapan Koroner, Rofiah Mohamad.

Manakala, peguam, Syazlin Mansor yang sebelum ini menarik diri daripada mewakili KPKT dan JBPM, kini kembali dengan mewakili keluarga Muhammad Adib termasuk mengekalkan barisan peguam terdahulu iaitu Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Rofiah turut menetapkan tarikh baharu untuk prosiding inkues iaitu selama tiga hari bermula 3 Julai hadapan dengan memanggil semula Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM), Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid untuk memberi keterangan.

Menurut Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin berkata, pihaknya telah membincangkan tarikh baharu itu bersama semua pihak berkepentingan.

“Berkenaan dengan senarai pakar fizik, salah satu daripada pihak berkepentingan telah mengemukakan cadangan semalam, namun di pihak pegawai pengendali kita masih mencarinya.

“Saya memohon untuk satu tempoh lain untuk mengemukakan senarai selewat-lewatnya Jumaat ini,” katanya kepada Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Sementara itu, Rofiah memaklumkan bahawa pakar fizik perlu hadir memberi keterangan di mahkamah untuk menjelaskan isu kiraan formula daya hentaman terhadap Muhammad Adib ketika kejadian memandangkan prosiding inkues telah menjadi perhatian umum.

“Senarai pakar fizik boleh dikemukakan pada tarikh 3 hingga 5 Julai nanti. Kita akan menetapkan siapa pakar fizik yang akan dipanggil. Manakala, tarikh 16 dan 17 Julai pula adalah tarikh pakar fizik memberi keterangan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini