Empat suspek nahas MH17 didedahkan - Utusan Malaysia

Empat suspek nahas MH17 didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIEUWEGEN, Belanda – Pasukan penyiasat antarabangsa akan mengeluarkan waran tangkap kepada empat suspek yang bertanggungjawab terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine hampir lima tahun lalu.

Identiti kesemua suspek terbabit didedahkan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) dalam satu sidang media hari ini.

Mereka adalah tiga warga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov serta seorang rakyat Ukraine dikenali sebagai Leonid Kharchenko.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini, kami akan menghantar waran tangkap antarabangsa kepada mereka. Mereka akan disenaraikan sebagai penjenayah paling dikehendaki di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Ketua Konstabel Polis Nasional Belanda, Wilbert Paulissen.

Keempat-empat suspek akan dibicarakan di Belanda bermula 9 Mac tahun hadapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini