Empat garis panduan kerjasama Pas-UMNO - Utusan Malaysia

Empat garis panduan kerjasama Pas-UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas menetapkan empat garis panduan yang akan diguna pakai dalam kerjasama antara parti itu dan UMNO.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, garis panduan itu diputuskan menerusi perbincangan jawatankuasa kerja Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

“Pertama, segala polisi dan dasar kerjasama antara Pas dan UMNO hanya diputuskan Jawatankusa Induk selepas mendapat perkenan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua, Pas negeri, kawasan dan cawangan dibenarkan mengadakan program bersama antara Pas dan UMNO demi pengukukhan kesatuan ummah, fokusnya penyatuan ummah dan memperkasa Islam,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, garis panduan ketiga menetapkan supaya kerjasama berkenaan diadakan dengan saling hormat menghormati setiap dasar parti masing-masing.

“Oleh itu, menerusi garis panduan ketiga ini, setiap ahli dan pimpinan parti tidak dibenarkan menjadi perasmi mesyurat agung parti lain.

“Keempat, pimpinan dan ahli dibenarkan menghadiri bagi membuat pengisian sama ada sebagai ahli panel, penceramah dan memberi tazkirah kepada parti-parti rakan kerjasama apabila diminta oleh mereka,” katanya.

Beliau turut meminta ahli Pas supaya tidak bimbang berhubung kerjasama Pas dan UMNO kerana apa sahaja dasar dan ketentuan parti dipandu oleh Majlis Syura Ulama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini