Elaun kritikal bomba, tunggu kata putus PM - Utusan Malaysia

Elaun kritikal bomba, tunggu kata putus PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menunggu kata putus daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seperti diberikan kepada anggota tentera dan polis.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan membawa semula permintaan itu kepada Perdana Menteri.

“Saya yakin ia dapat dilaksanakan namun memerlukan sedikit masa. Saya berharap anggota bomba seluruh negara dapat bersabar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Perdana Aidilfitri anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu turut dihadiri anggota Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka Ginie Lim Siew Lin dan Pengarah JBPM Negeri Mohammad Zin Salleh.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, pemberian elaun kritikal itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini