KUALA TERENGGANU – Ejek-mengejek dipercayai punca kes buli melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Setiu dibelasah di dalam kelas baru-baru ini. Berdasarkan video berdurasi 10 saat yang tersebar di dalam media sosial sejak semalam, mangsa telah ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh pembulinya yang dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan empat sekolah sama. Pelajar tingkatan dua itu tidak mampu melawan dan sekadar menjerit kesakitan ketika dibelasah pembulinya sambil…










